Isnin, 1 Februari 2016

POKOK PUTAT

pucuk putat yang dijadikan ulam
Pokok Putat merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Barringtonia spp. Terdapat sekitar 40 spesies Barringtonia.
Ia juga dikenali dengan nama berikut apalang, putat, putat aying, butut darat, penggung, putat sungai, putat ayam, putat ayer, kye-bin, kyi, som-pawng, chik ban, chik suan, dan putat kampong
Pokok Putat merupakan pokok yang agak kecil dengan ketinggian sekitar 15 meter. Batangnya sekitar 8 sm merentas dan dahan sekitar 1 to 1.5 sm merentas. Daunnya licin tidak berbulu dan antara 30 hingga 50 sm panjang dan 8 hingga 20 sm lebar. Ia bujur dan amat berkilat. Ia memiliki bentuk meruncing kebelakang dan pada dasarnya berbentuk baji. Tangkai bunga biasanya pada julai dahan, sekitar 30 hingga 80 sm panjang dan terjuntai. Boleh terdapat sehingga 120 bunga. Buahnya bersegi lapan dan sekitar 6-8 sm panjang dan 3-5 sm lebar. Biji benih di dalam tempurung dalam buah sekitar 3 sm kali 1.5-2 sm lebar. Ia agak leper pada satu arah.
bunga putat yang belum kembang
Dalam masyarakat Melayu, pucuk putat dan buah muda putat dijadikan ulam dimakan bersama nasi.




Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.

bunga putat yang kembang

buah putat yang bergantung diatas pokok


buah yang boleh dibuat ulam

1 ulasan: