Rabu, 6 April 2016

BURUNG PUNAI DADA MERAH

Burung Punai Kericau atau punai dada merah (pink neck pigeon)adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Treron vernans griseicapilla
Burung Punai dada merah atau kericau ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas :burung. Burung Punai Kericau atau punai dada merah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Punai Kericau tidak bergigi.
Burung Punai Kericau kebanyakannya mempunyai bulu hijau dan paling biasa dikalangan burung bewarna hijau. ia jarang turun ketanah dan sering kelihatan di dahan di mana ia sukar dilihat kerana bulu hijaunya tenggelam dalam kehijauan daun. Ini menjadian ia sukar dilihat.
Burung jantan bewarna-warni terang, dan menarik dengan warna merah jambu pada lehernya dan dada jingga, burung betina kebanyakannya hijau dan mudah bertukar dengan burung betina spesies lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan