Ahad, 17 Januari 2016

BELIBIS




Itik Belibis (bahasa InggerisLesser Whistling Duck atau Indian Whistling Duck) ialah sejenis itik bersiul kecil yang banyak terdapat di Asia. Burung ini membiak di Indiadan Asia Tenggara. Burung ini tidak banyak berhijrah, kecuali yang di China yang diketahui menghabiskan musim sejuk lebih jauh di selatan. Nama saintifiknya ialahDendrocygna javanica. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu[1]
Itik Belibis mempunyai kepala, paruh, dan kaki yang panjang. Warna paruhnya kelabu, manakala kepala, leher, dan bahagian bawahnya kuning pucat, dengan warna jambul yang lebih tua. Sayap dan bahagian belakangnya kelabu tua, dengan tompok-tompok perang berangan pada sayap dan ekornya. Bulunya serupa.
Itik Belibis adalah spesies yang berkelompok. Ia bersarang di lubang pokok serta sarang lama burung yang lain, atau di pelantar ranting dekat tanah, dan mengeluarkan sebanyak 6-12 biji telur. Habitatnya tasik air tawar yang mempunyai banyak tumbuhan. Itik ini makan biji dan tumbuh-tumbuhan yang lain.
Belibis liar area kawasan sk Desa Putra boleh di lihat di Paya Indah Wetlands Dengkil.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan